Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Misi PKI
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan;
-sistem pendidikan yang berkualiti, relevan & holistik
-perkembangan potensi diri ke tahap optimum
-keupayaan berdaya saing & kebolepasaran
-nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan
-perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
-menyediakan peluang & kemudahan untuk murid-murid berkeperluan khas
-menyediakan pendidikan yang sesuai & relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
-menyediakan bahan-bahan p&p yang mencukupi dan terkini
-memastikan tenaga pengajar yang mencukupi & terlatih dalam bidang pendidikan khas
0 comments:
Post a Comment