Friday, April 16, 2010

Aluan dari GPK Pendidikan Khas

Assalamualaikum wbt,

Bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menulis diruang ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK Seri Biram yang menyokong dan memberi kerjasama kepada kelas khas. Tanpa sokongan dan dorongan beliau tidak mungkin kami berdiri teguh bersama kanak-kanak istimewa.

Kerjasama para ibubapa, pihak individu atau korporat dan lain-lain pihak yang menjadi penyumbang kepada pembangunan kelas ini dan memberi semangat untuk terus mendidik anak-anak istimewa amatlah dihargai. Tanpa mereka mungkin anak-anak istimewa ini akan terpinggir di mata masyarakat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua penggerak Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Biram kerana kerjasama dan semangat kental untuk mendidik anak-anak istimewa ini. Diharapkan ruangan blog ini menjadi telinga dan penyebar maklumat untuk masyarakat .


Pn Rohana Abdullah
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

0 comments:

Post a Comment